Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam akan menganjurkan Program Terapi Psikologi Siri 2/ 2023: Minda Sihat, Emosi Sejahtera.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan diri warga UiTM melalui perkongsian terapi secara praktikal yang dibimbing oleh kaunselor profesional. Sehubungan itu, YBhg Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini yang akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh : 25 Oktober 2023 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Seminar (Dewan Mawar Bestari), Kolej Mawar UiTM Shah Alam
YBhg Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan juga boleh mengisi pautan di https://forms.gle/AVgTios7LdFPcRPs9 untuk membuat penyertaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nurain Atan, Pegawai Psikologi Kanan di talian 03-5544 3212/ 1486 atau emelkan di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.