JEMPUTAN KE PROGRAM OUTREACH UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING BIIL 1/2025 : "URUS EMOSI, TEROKA POTENSI"
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Program Outreach Bil 1/2025: "Urus Emosi, Teroka Potensi" seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 10 pagi – 2 petang
Tempat : Bilik Seminar 2 & Perkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam
Dengan bimbingan “Co-Pilot Fasilitator”, kami bantu peserta memandu emosi dan terokai potensi sebenar diri – sebelum mendarat ke dunia kerjaya!
Singgah di pelbagai ‘Destinasi Aktiviti’ yang menarik seperti berikut:
Kenali Diri Melalui Ujian/Inventori Psikologi
Aktiviti Permainan & Kuiz EQ
Aktiviti Relaksasi & Self-Soothing Technique
Penerangan berkaitan Counseling2U & MyNEXT Talent
Ujian Minda Sihat
Zon bersama majikan
Zon bersama PTAR UCS - Mobile Library
Hadiah menarik & e-merit disediakan kepada pelajar yang hadir!
Semua warga UiTM Cawangan Selangor dijemput hadir ke terminal ini!
Sebarang maklumat & pertanyaan boleh hubungi Cik Nur Izzati Shaharuddin
Pegawai Psikologi Unit Psikologi dan Kaunseling menerusi pautan berikut tekan sini