السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera,
Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik,
Sukacita dimaklumkan, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Puncak Alam akan mengadakan Program Santai Tapi Sampai Siri 1/2024. Perkongsian tajuk untuk siri pertama adalah berkaitan dengan Chit Chat Kesihatan Mental. Perkongsian ini akan diadakan secara atas talian.
Chit Chat Kesihatan Mental memberi fokus kepada isu kesihatan mental yang dihadapi oleh pelajar. Sekiranya Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik menghadapi kekeliruan, tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan perlukan bimbingan untuk mengendalikan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar, Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik boleh mengemukakan sebarang pertanyaan kepada Unit Kerjaya dan Kaunseling serta Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam, sila isi borang yang disediakan - soalan bicara santai tapi sampai 1/2024
Segala persoalan yang dikemukakan akan dijawab oleh panel dan jemputan khas semasa program berlangsung.
Link Google Meet ketika sesi perkongsian berlangsung pula adalah - Program Bicara Santai Tapi
Semua warga UiTM Cawangan Selangor dijemput hadir terutamanya staf yang mengendalikan pelajar.