Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik,
Sukacita dimaklumkan, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Puncak Alam akan mengadakan Program Jelajah AKRAB 4/2023 - Saringan Kesihatan Mental. Sekiranya Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik ingin mengetahui tahap kesihatan mental Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik sila hadir ke Aras 2, Perkarangan Plaza Satelit B, Kampus Puncak Alam. Sesi bimbingan dan konsultasi akan dijalankan oleh ahli AKRAB UiTM Kampus Puncak Alam dan ahli AKRAB wakil Fakulti Farmasi.
Semua warga UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dijemput hadir.