Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM di Hatiku.
Bengkel Kaedah Penulisan Pelaporan Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang.
Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Bengkel Kaedah Penulisan Pelaporan Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang. Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 Julai 2024 (Isnin)
Masa: 2.00pm - 5.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Penceramah: En.Muhamad Naim bin Haji Jamaludin (Pegawai Psikologi Kanan)
Peserta: Pegawai-pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang
Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat khusus dalam penulisan pelaporan pegawai psikologi hasil dari Bengkel CPD Kaedah Penulisan Laporan Komprehensif di Bilik Seminar Kolej Mawar UiTM Shah Alam pada 11 & 12 Jun 2024 yang lalu. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh En.Muhamad Naim bin Haji Jamaludin, Pegawai Psikologi Kanan mewakili Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang.
Semoga hasil bengkel yang akan diadakan ini memberi impak penambahbaikan kepada penulisan pelaporan sesi kauseling Pegawai-Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang khususnya di UiTM Jengka dan Raub.
Sekian terima kasih.
Unit Kerjaya dan Kaunseling
UiTM Cawangan Pahang.
#UkkUiTMPahang
#UkkVibes