Kursus Asas Kemahiran Kaunseling Penasihat Akademik (PA)

KURSUS ASAS KEMAHIRAN KAUNSELING PENASIHAT AKADEMIK (PA) UiTM CAWANGAN MELAKA PADA 2 DAN 3 SEPTEMBER 2021

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Unit Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD), Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka akan mengadakan Kursus Asas Kaunseling untuk Penasihat Akademik** seperti ketentuan berikut:-

Tarikh : 2 dan 3 September 2021 (Khamis dan Jumaat)

Jam: 9.00AM -1.00PM

Platform : Cisco WEBEX

Untuk makluman, kursus ini adalah diwajibkan kepada penasihat akademik dengan matlamat agar peserta dapat memberikan bantuan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar mereka dengan mempraktiskan amalan asas kaunseling.

Justeru, semua PA UiTM Cawangan Melaka DIWAJIBKAN HADIR bagi kedua-dua hari tersebut.

Program ini akan dikendalikan oleh :

Penceramah 1
Tuan Hj Mohamed Soder Rahmad
Perunding Motivasi/
Mantan Ketua Pegawai Psikologi UiTM

Penceramah 2
Puan Nur Shahira Md Shukor
Pegawai Psikologi Kanan
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Penceramah 3
Cik Nur Atiqah Mohd Jani
Perunding Motivasi/Kaunselor Berdaftar

Kerjasama dan sokongan YHDato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan di dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Our Office

Career & Counselling Centre

Student Affairs Division
Level 5, Budisiswa Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Website Inquiry: Webmaster: pkk@uitm.edu.my

Phone: 

Student Career Development Services  - 03 - 5544 3211

Student Counselling & Psychological Services - 03 - 5544 2379

Staff Counselling & Psychological Services - 03 - 5521 1486

Administration : 03 - 5544 3213 / 2630

Fax: 603 - 5544 3493

OPENING HOURS
Mon - Fri : 8.00 am - 5.00 pm
Sat - Sun : CLOSED