PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BERSTRUKTUR TAHUN 2021 (SIP) : TRAINING & PLACEMENT IN WESTERN DIGITAL MALAYSIA (CYCLE 1)

PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BERSTRUKTUR TAHUN 2021 (SIP) : TRAINING & PLACEMENT IN WESTERN DIGITAL MALAYSIA (CYCLE 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dipohon bantuan YBhg Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk memaklumkan kepada Penyelaras Latihan Industri (LI) di Fakulti yang sesuai di Universiti masing-masing bagi mewar-warkan kepada pelajar yang berminat dan ingin menjalani Latihan Industri di Western Digital Malaysia & SanDisk di antara tempoh Januari - DIsember 2021.

Adalah dimaklumkan satu penawaran Program Latihan Industri Berstruktur (SIP) di syarikat Western Digital Malaysia yang bercirikan Training & Placement: 'Graduate Ramp And Launch Employability Programme In Advanced Technology Industry' (GREAT) kepada pelajar Tahun 3/Tahun 4 yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan akan menjalani Latihan Industri (LI) pada tahun 2021 (Terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja).

Program ini adalah merupakan satu inisiatif kebolehpasaran graduan (GE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan usahasama syarikat Western Digital Malaysia di bawah Program Campus Connect KPT-WDM.

Bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda:
(a) Kejuruteraan (Elektrik/ Elektronik/ Mekatronik/ Pembuatan/ Mekanikal/ Industri/ Sains Bahan / Komputer)
(b) Teknologi Kejuruteraan (Elektrik/ Elektronik/ Mekatronik/ Pembuatan/ Mekanikal/ Industri/ Sains Bahan/ Komputer)
(c) Penganalisis Data / Big Data Analytics dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Syarat-syarat utama permohonan ialah:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pelajar Tahun 3 atau Tahun 4 di Universiti Awam Malaysia;
(c) Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang dinyatakan di atas;
(d) Akan menjalani Latihan Industri pada tahun 2021 (Jan – Dis); dan
(e) CGPA 3.00 dan ke atas.

Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
1. En. Ahmad Hafiz bin Mohd Puad (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / 06-2701583
2. En. Zahier bin Mohd Yusoff (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / 06-2701916

Pemohon diminta untuk mengisi Google Form ini serta diwajibkan memuat naik Resume dan Cover Letter (CV & CL) dalam bentuk file.pdf di ruang yang disediakan. (Semua maklumat pemohon yang diberikan hanya akan digunakan bagi tujuan permohonan ini sahaja).

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-HeIx7chFoeQrG-yQmVylplsyriJGvNb3yZcw-JuGtF9uAQ/viewform


Tarikh akhir permohonan (Cycle 1) ialah pada: 31 Disember 2020

Our Office

Career & Counselling Centre

Student Affairs Division
Level 5, Budisiswa Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Website Inquiry: Webmaster: pkk@uitm.edu.my

Phone: 

Student Career Development Services  - 03 - 5544 3211

Student Counselling & Psychological Services - 03 - 5544 2379

Staff Counselling & Psychological Services - 03 - 5521 1486

Administration : 03 - 5544 3213 / 2630

Fax: 603 - 5544 3493

OPENING HOURS
Mon - Fri : 8.00 am - 5.00 pm
Sat - Sun : CLOSED