KARNIVAL FLYSISWA 2024 DAN KARNIVAL PENGANGKUTAN SISWA MADANI KEPADA PARA PELAJAR DAN ALUMNI UiTM SHAH ALAM.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan menganjurkan Karnival FLYsiswa 2024 dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI pada 12 Disember 2024 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan berkenaan kerjaya kepada para pelajar mengenai peluang dan ruang kerjaya di sektor pengangkutan. Disamping itu, membolehkan para pelajar untuk membina rangkaian hubungan bersama agensi pekerjaan di jabatan/agensi yang terlibat.