JEMPUTAN KE KESUMA GREEN SKILLS FAIR 2024 | 25-27 APRIL 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menganjurkan KESUMA Green Skills Fair 2024 bersempena dengan penganjuran ASEAN Green Job Forum. Penganjuran program ini adalah untuk menyokong inisiatif KESUMA dalam merangsang pertumbuhan pekerjaan hijau negara sejajar dengan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di rantau ini. Pameran ini akan memaparkan pelbagai pandangan mengenai permintaan bakat hijau, sektor-sektor yang sedang berkembang dalam ekonomi hijau, serta kemahiran yang diperlukan oleh industri, akademia, dan agensi kerajaan. Selain pameran, terdapat juga sesi ceramah ringkas dan aktiviti lain yang bertujuan untuk melibatkan pelbagai golongan, termasuklah pelajar, graduan baharu, dan masyarakat umum.

Sehubungan dengan itu, KESUMA ini berbesar hati untuk menjemput Puan bersama 40 pelajar daripada UiTM untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini bakal disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 25-27hb April 2024
Masa : 10.00 pagi– 5.00 petang
Tempat : Aras 3, Avenue K Mall, Kuala Lumpur.
Pendaftaran : Dilakukan secara walk-in

Maklumat lanjut berkenaan KESUMA Green Skills Fair 2024 sila layari https://www.talentcorp.com.my/kesuma-green-skills-fair

 

Our Office

Career & Counselling Centre

Student Affairs Division
Level 5, Budisiswa Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Website Inquiry: Webmaster: pkk@uitm.edu.my

Phone: 

Student Career Development Services  - 03 - 5544 3211

Student Counselling & Psychological Services - 03 - 5544 2379

Staff Counselling & Psychological Services - 03 - 5521 1486

Administration : 03 - 5544 3213 / 2630

Fax: 603 - 5544 3493

OPENING HOURS
Mon - Fri : 8.00 am - 5.00 pm
Sat - Sun : CLOSED