Johor Skills sedang mengadakan ambilan bagi Program Latihan Untuk Siswazah (PLUS) khususnya kepada lepasan siswazah / alumni dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Elektronik dan Mekatronik yang masih belum bekerja.
Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk membantu lepasan siswazah bagi mendapatkan pekerjaan dalam bidang-bidang yang ditawarkan selaras dengan kehendak industri pada masa ini melalui latihan kemahiran.
Berikut adalah maklumat tentang program:-
No |
Program |
Jangkamasa |
Persijilan |
Yuran Pengajian |
Tarikh Kemasukan |
1 |
Expert Craftsman Mechatronic |
2 bulan |
HWK Aachen, German |
100% ditaja oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) |
1 Mac 2023 |
2 |
Expert Craftsman Integrated Fixture Machining Process |
||||
3 |
Multi Axis CNC Machine Process & Programming |
Hitachi Information System & Siemens |
Syarat-syarat program adalah seperti berikut:
1. Warganegara & Bumiputera
2. Berumur 19 hingga 30 tahun
3. Pemegang Diploma atau Ijazah dalam bidang kejuruteraan mekatronik / elektrik & elektronik / mekanikal / pembuatan dan setaraf dengannya
4. PNGK 2.50 keatas
5. Tidak melebihi 3 (tiga) tahun dari tarikh bergraduasi
Manfaat program:
1. Yuran pengajian 100% ditaja oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
2. Elaun bulanan sebanyak RM500.00
3. Penempatan kerja selepas tamat latihan
4. Memperolehi Sijil Profesional dari badan professional yang diikiraf
Untuk permohonan, sila klik link https://forms.gle/