Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan Pusat Psikologi dan Kaunseling akan mengadakan Program Rakan Kaunselor sebanyak 2 siri bagi tahun 2025. Satu temubual akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 28 April 2025
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Secara dalam talian (Google Meet)
Semua Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Shah Alam adalah dijemput untuk menyertai program ini. Latihan kemahiran asas kaunseling akan diberikan kepada para pelajar dalam memberikan sokongan emosi, bimbingan, dan motivasi kepada mahasiswa.
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/qgLXAXHYR6Bepuiq5
Sijil turut diberikan kepada peserta yang terlibat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp Puan Nurhadaina Hani Zaharin di talian 03-5544 2384.
Terima kasih.