Bekerja Dari Rumah (BDR) Menuju Ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM TINTA BUDI PPUiTM SIRI 8 – BEKERJA DARI RUMAH (BDR) MENUJU KE SYURGA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM), UiTM Shah Alam akan mengadakan program Tinta Budi PPUiTM Siri 8 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Julai 2021 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Medium : Secara atas talian
Cisco WEBEX - https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mc7f8603b6aaee00061fb60b4bd54921a
FB LIVE - https://www.facebook.com/PPUiTM
Laman Web PPUiTM - https://ppuitm.uitm.edu.my/

Tajuk : Bekerja Dari Rumah (BDR) Menuju Ke Syurga
Penceramah : Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, Profesor UniKL & Mantan Profesor UiTM
Moderator : Puan Wan Noraini Wan Yusoff, K.B., P.A, Ketua Pegawai Psikologi merangkap Naib Presiden PPUiTM

Sehubungan itu, YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan dijemput mengikuti siri webinar di atas.
 
Sijil penyertaan akan diberikan kepada Staf UiTM dan para peserta melalui pautan yang akan diberikan pada akhir program.

Sekian, terima kasih.