BICARA SANTAI TAPI SAMPAI: KENALI DIRI, KENALI ANAK

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik,
 
Sukacita dimaklumkan, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Puncak Alam akan mengadakan Program Santai Tapi Sampai Siri 1/2023. Perkongsian tajuk siri pertama adalah berkaitan dengan Kenali Diri, Kenali Anak. Perkongsian ini akan diadakan secara atas talian. 

Konsep program santai ini adalah berbentuk soalan terbuka dari para peserta sebelum program berlangsung. Para peserta boleh mengemukakan soalan berkaitan dengan psikologi, tingkah laku dan sosial mengenai diri serta anak-anak. Sekiranya Ybhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan/ Cik ingin mengemukakan sebarang pertanyaan, sila isi borang yang disediakan - soalan bicara santai tapi sampai 1/2023 

Link Google Meet ketika sesi perkongsian berlangsung pula adalah  - Program Bicara Santai Tapi Sampai 1/2023

Semua warga UiTM dijemput hadir.