Program Career Handshake X Agensi Pekerjaan Sourcepark Sdn.Bhd

PROGRAM CAREER HANDSHAKE 2/2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saudara/i yang dikasihi sekalian

Sukacita dimaklumkan, UiTM Cawangan Selangor melalui Unit Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Agensi Pekerjaan Sourcepark Sdn.Bhd. akan mengadakan program temu duga penempatan pekerjaan kepada para graduan dan pelajar tahun akhir UiTM yang sedang mencari peluang penempatan pekerjaan.

Sehubungan itu, kepada calon yang berminat untuk menyertai Program Career Handshake ini, perlu melengkapkan borang permohonan berikut : https://forms.gle/XvuqeLrdMSt4y5bE6

Tawaran permohonan dibuka bermula 8 April 2022 dan DITUTUP pada 19 April 2021 untuk proses saringan.

Calon yang berjaya melepasi fasa saringan akan ditawarkan sesi temu duga secara dalam talian dan akan dimaklumkan melalui e-emel lanjutan.

Ayuh! Rebut peluang segera!

Maklumat lengkap senarai perjawatan yang ditawarkan juga boleh dirujuk melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/CareerHandshake2

Sebarang maklumat & pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Nur Izzati di talian : 03-32584075 / http://tiny.cc/Izzati_Shaharuddin