Terapi Stress : Tumbuhan Hijau

Assalamualaikum WBT/ Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari sekalian, 

 

Akhir-akhir ini kita terkesan dengan pelbagai tekanan disebabkan oleh pandemik covid-19, disebabkan hal itu Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang mengambil inisiatif untuk menganjurkan beberapa Program Terapi Stres seperti tumbuhan hijau, pemakanan sihat, senaman terapi minda dan sebagainya. Diharapkan warga kampus akan menyertai program kami ini bagi membantu mengawal tekanan yang dihadapi.

 

Siri pertama ini akan dikelolakan oleh Pelajar Sarjana Sains (Perlindungan Tanaman), Cik Noor Shuhaina dari UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Peserta yang menyertai program ini akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk menanam tumbuhan hijau dengan menggunakan beberapa teknik baru sebagai terapi kepada tekanan.

 

                                                  Tarikh: 23 Julai 2021 (Jumaat)

                                                  Masa: 10.00 am - 11.30 am 

                                                  Platform: Google Meet 

 

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat melalui link dibawah : 

 

https://bit.ly/pendaftaran-TS