PROGRAM MENTAL HEALTH TALK SHOW & EXHIBITION

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerjaya & Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah akan menganjurkan program Mental Health Talk & Exhibition sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia,

Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023 dan juga Karnival Kolej (KARKOL) kali ke-14. Program kolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu (PKKKK), Badan Peer Kaunselor (PEERs), Kelab Rakan Kaunselor (RK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) akan diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa :  8:00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah 

Aktiviti :
a) Ceramah Kesihatan Mental
b) Ceramah Kesedaran Penggunaan Dadah, Alkohol dan Rokok
c) Pameran Kesihatan Mental
d) Ujian Saringan :
   - Kesihatan
   - Kesihatan Mental
   - HIV
   - Keterlibatan Rokok, Alkohol & Dadah


Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Sabah dijemput ke program ini. Bagi staf, kehadiran akan direkodkan sebagai jam latihan manakala pelajar akan diberikan kupon kolej.

Sekian, terima kasih.