WEBINAR KESIHATAN MENTAL "SURVIVAL KIT PELAJAR : URUS STRES URUS HIDUP "

PROGRAM INTERVENSI PSIKOLOGI & KAUNSELING

Webinar Kesihatan Mental:
"Survival Kit Pelajar: Urus Stres, Urus Hidup"

Tarikh: 7 Mei 2025 (Rabu)
Masa: 8.30 malam – 10.00 malam
Platform: Google Meet – https://meet.google.com/szd-njhi-jrk
Anjuran: Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Rakan Kaunselor UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

✨ Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mahasiswa tentang kepentingan kesihatan mental serta peranan sokongan sosial dalam kehidupan harian, terutamanya dalam menghadapi tekanan akademik dan kehidupan di kampus.

Antara pengisian menarik:

  • Teknik pengurusan stres secara praktikal
  • Cara membina kesejahteraan mental
  • Strategi memperkukuh sokongan emosi harian

Kelebihan penyertaan:

  • E-Sijil penyertaan disediakan untuk pelajar yang hadir penuh

✨ Program ini adalah DIMESTIKAN bagi pelajar Semester 1 sebagai usaha awal membina daya tahan emosi dan kesejahteraan diri dalam menghadapi kehidupan kampus. Program ini juga terbuka kepada semua pelajar UiTM yang berminat untuk memperkukuh kesihatan mental mereka.

Sertai kami dan lengkapkan "survival kit" anda untuk kehidupan kampus yang lebih sejahtera!

Sekian, terima kasih.

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
UiTM CAWANGAN PAHANG