PROGRAM WELL BEING SIRI 1 - INTERVENSI KESIHATAN MENTAL - CAKNA MINDA : INTERVENSI MENANGANI CABARAN EMOSI

 

 

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

PROGRAM WELL BEING SIRI 1 : INTERVENSI KESIHATAN MENTAL

✨ Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan Program Well Being Siri 1/2025: Intervensi Kesihatan Mental. Maklumat program adalah seperti berikut: ✨

📅 Tarikh: 15 Januari 2025 (Rabu)
🕗 Masa: 8.30pm - 10.30pm
📍 Tempat: Google Meet ([Join Here] https://meet.google.com/szd-njhi-jrk

🎙️ Penceramah:
Pegawai-pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Tujuan program:
Memberikan sokongan dan intervensi yang sesuai dalam usaha meningkatkan kesejahteraan mental serta membantu para pelajar dalam menghadapi cabaran emosi dan mental.

Sasaran:
Wajib kepada sasaran peserta hasil ujian saringan kendiri minda sihat yang telah dijalankan semasa Minggu Destini Siswa (MDS) - Senarai lampiran.

Diharapkan para pelajar yang menyertai program ini mendapat input dan panduan berguna untuk kesejahteraan diri.

Sekian, Terima kasih.

Unit Kerjaya dan Kaunseling
UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

#UKKUiTMPahang
#UKKVibes