KAUNSELOR PELATIH DI UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA 2023

Assalamualaikum w.b.t

YBhg Datuk/Dato'/Prof/Dr/Encik/Puan/Cik,

PEMAKLUMAN KAUNSELOR PELATIH DI UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING 2023

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menerima 2 orang Kaunselor Pelatih Diploma Psikologi dari Kolej Pacific Kuantan bermula 11/9/2023 sehingga 15/12/2023.

3. Sehubungan itu, Warga UiTM Cawangan Pahang khususnya para pelajar dijemput untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan psikologi melalui konsultasi dan ujian-ujian psikologi.

4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus no.telefon Kaunselor Pelatih atau Walk-In di Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. ﻭﺍﻠﺴﻼﻢ

#UkkUiTMPahang
#UkkVibes