Program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat

 

PROGRAM JELAJAH KAUNSELING PRIHATIN RAKYAT

Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia telah menganjurkan program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 16/10/2022 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 12.30 tghari
Tempat : Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah

Program ini telah dihadiri oleh Prof Madya Ts Dr Mohd Rasdi Bin Zaini, Rektor, UiTM Cawangan Melaka. Selain itu, turut hadir adalah Prof Madya Dr Wan Marzuki Bin Wan Jaafar, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia.

Antara aktiviti yg dijalankan adalah Ceramah Kesedaran Kesihatan Mental, Ceramah Adaptasi Pembelajaran dalam Era Endemik, pameran daripada Jabatan Pembangunan Wanita dan pihak Lembaga Kaunselor Malaysia menyediakan Trak Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi pengendalian sesi kaunseling serta ujian-ujian psikologi.